Tuesday, 18 October 2011

SELAMAT DATANG KE MAKMAL KOMPUTER SMK BATU UNJUR


SMK BATU UNJUR
JALAN NILAM 1 BANDAR BUKIT TINGGI
41200 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan maklumat dapat diakses dengan cepat. Sejajar dengan itu, SMK Batu Unjur bergerak seiring dengan perkembangan semasa dalam pembangunan ICT. Makmal ICT telah beroperasi semenjak sekolah ini ditubuhkan. Kini makmal tersebut sudah hampir tujuh tahun bertapak dan berkhidmat untuk warganya.


VISI
"Semua warga SMK Batu Unjur berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2012"


MISI
  • Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran.
  • Memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
  • menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan.
  • menyediakan masyarakat malaysia yang sentiasa peka terhadap perkembangan dan pengetahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT.